Friday, 31 August 2012

nilai


nilai ini yang harus pelihara
dan dijaga dengan seiklas mungkin..


nilai PERSAHABATAN...
always....

Wednesday, 29 August 2012





  1. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  2. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab
  3. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
  4. Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan
  5. Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire
  6. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.
  7. Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.
  8. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  9. Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson
  10. Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.
  11. Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
  12. Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…
  13. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  14. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  15. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
  16. Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.
  17. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.
  18. Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam diam sahaja.
  19. Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159
  20. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Tuesday, 14 August 2012

5 hari lagi nak raya oit

Rasa sekejap sahaja Ramadha tahun ini....tup tup lagi


Hari lagi nak raya!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

impian dan doa

Setiap perempuan yang membesar mempuyai impian dalam kehidupan. Kehidupan yang sempurna serta selesa disamping kebahagian. Perkara ini tidak dapat dielak dari naluri seorang perempuan. Dari usia kanak-kanak kepada gadis seterusnya mahu melengkapkan galur kehidupan perempuan ialah wanita. Seperti saya sendiri, pesekitaran kehidupan saya sederhana jadi saya mahukan kehidupan yang selesa serta lebih baik. Cukup mempuyai ijazah, kerjaya yang sememangnya gaji melebihi RM 1+++, mempuyai rumah sendiri dan kereta sendiri itupun sudah cukup. Tetapi dalam hidup wanita perlu ada lelaki sebagai pelindung. Itu hakikat.
" Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada jodoh aku, semoga aku menjadi sebahagian daripada kerinduannya."

TANGGAPAN PERTAMA DAN KEKELIRUAN DALAM MELETAKAN STATUS BLOG REMAJA

Masyarakat meletakan  Blog sebagai salah satu cabang maklumat / saluran kepada masyarakat tentang hal semasa. Hal ini tidak dapat dinafikan tetapi berapa sahaja Blog yang benar-benar menyalurkan maklumat kepada masyarakat tentang hal semasa dan umum? Kebanyakkan Blog masa kini lebih ke arah DIARI serta hiburan. Hal ini mendapat sambutan yang tinggi berbanding Blog Ilmiah. jika ditanya kepada remaja kini yang sememangnya mengemari bidang penulisan Blog, mereka akan cederung meletakan status Blog mereka kepada DIARI harian. Namun begitu sejauhmana penghasilan Blog oleh remaja dapat membantu perkembangan minda mereka. Hal ini jangan dilihat dari sudut negatif sahaja tetapi harus dilihat kepada faedah kepada remaja itu sendiri.

Sebab itu manusia akan biasa dengan tanggapan pertama mereka. Mungkin ini kelemahan dalam diri kita NAMUN, tidak semua tanggapan pertama itu salah tetapi adakala ianya benar.

Monday, 13 August 2012

hati berbintang nampak...inilah perasaan aku sekarang...sapa tau dia tau! 
ALHAMDULILLAH...

WELCOME NEW!

selamat datang.....
issssss rasa dah malas nak buat akaun baru tapi sebab nak juga ada PERLAK ni haruslah yang baru....
tajuk lama tapi wajah baru....ye la yang lama ada masalah sendiri plk...x tahu la sapa yang salah....aku atau akaun tu yang salah.....
oleh hal demikian dengan ini saya NOR AZURIN BINTI ALI merasmikan akaun baru PERLAK AKU....
akaun lama masih ada cuma tidak akan diupdate kan....sbb entah asyik silap id number jew......