Wednesday, 10 April 2013
Ego si semutrah...
Manis itu kegemaranku. Sememangnya aku telah diciptakan untuk mencari kemanisan dalam meneruskan kehidupanku. Sinonim dengan keadaanku. Kecomelanku berjaya meletakkan aku mudah dimana sahaja. Mudah disedari malahan diselindungi oleh pancarindera si gergasi tua. Pada suatu malam aku mahukan kemanisan untuk aku simpan dihadapan hari. Dengan megah aku mengibarkan sayap emas aku. Aku terbang seindah drama, mencari bauan manis si madu. Namun aku terlupa, jika aku membuka sayapku untuk terbang bermakna itulah hari terakhirku melihat gelombang hidupku. Aku terlupa dengan sumpahan terhadap ku. Aku lalai dengan nafsu dan kehendakku. Malam adalah musuhku. Aku akhiri hayatku ditempat yang amat sejuk. Sejuk sehingga urat sarafku membeku, kejang dek kerana kesejukkan yang tidak mampu aku tahan berlapiskan sepasang sayap putih dijasadku. Aku harap bangsaku tidak akan senasib dengan aku. Mengakhiri zaman hidupku dengan kesilapan diriku sendiri. Rakus dengan kemanisan ABC. AKU SEMUT MERAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment